Tuesday, November 6, 2012

tipS BAKAL PENGANTIN


Tips Persiapan Untuk Pengantin Baru

Kerja kahwin memang rumit. Banyak hati yang perlu dijaga. Tidak dinafikan pengantin perempuan merencanakan sebahagian besar persiapan majlis. Namun, tidak bermakna pengantin lelaki boleh lepas tangan dan hanya angguk kepala pada setiap keputusan..


PERLU

1) Patuhi Bajet
Bajet adalah perkara utama dalam merancang perkahwinan. Jika kena gaya dan kreatif, yang murah pun boleh nampak eksklusif dan mewah.

2) Komunikasi
Sentiasa berbincangan dengan pasangan. Elak melakukan keputusan secara sendiri dan terburu-buru. Perkahwinan adalah impian bersama.

3) Perancangan
Seeloknya mulakan segala persiapan dalam tempoh enam bulan sebelum majlis. Ia tidak hanya memudahkan kerja malah bakal pengantin dapat menikmati pakej promosi yang sering ditawarkan kepada pelanggan. Jangan lakukan kerja di saat akhir.

4) Tinjauan
Kawal nafsu dan sentiasa berpandukan kepada bajet yang diperuntukan. Jangan rambang mata dan luaskan tinjauan.

5) Pengapit
Pemilihan calon pengapit harus dititikberatkan. Jangan bersandarkan pada paras rupa sahaja. Pilihlah pengapit yang ringan tulang dan boleh diharap supaya anda dan pasangan tidak mengalami sebarang kesukaran.

6) Kawal Emosi
Darah manis memang banyak dugaan. Jika salah seorang melakukan kesilapan, jangan lekas melatah. Fahami situasi pasangan dan selesaikan secepat mungkin. Jadikan persiapan perkahwinan sesuatu yang menyeronokkan sekali gus membantu kalian mengenal hati budi dengan lebih mendalam.
Anggun Mempelai Butik - Memenuhi Citarasa & Bajet Anda. 012-3902581.

No comments: