Sunday, October 9, 2016

Tips Dihari perkahwinan

PAGI hari majlis BERSEJARAH anda

hari ini adalah hari yg anda tunggu2. so, bangun awal pagi. 
- solat dan mandi sunat supaya badan anda segar. 
- Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. ini boleh menbantu membuatkan mood anda segar dan baik utk mengahdapi hari ini dengan sebaiknya.
- sarapan pagi, isi perut supaya kekal bertenaga.
- check baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan baik. 
- makeup dan tukar pakaian anda :)

ketika majlis pernikahan
- Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. 
-Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar. Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi.
- Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. 
-Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan baik. 
-Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan.

Semasa majlis perkahwinan
-Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. 
-Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan.
- Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramai mungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja.
- Jika ada permintaan, jangan malu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

Di akhir hari majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda. Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isteri anda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai. Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda. Apabila tiba waktu yang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama anda sebaik-baiknya.


Anggun Mempelai Butik - Memenuhi Citarasa & Bajet Anda. 012-3902581.

No comments: